Kawasan Tadahan Hujan Ulu Muda- 9 September 2021

Ulu Muda merupakan sebuah kawasan tadahan yang sangat penting bagi penduduk negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Kompleks Hutan Ulu Muda (Ulu Muda) meliputi kawasan seluas 163,000 hektar dan kawasan tadahan air untuk Empangan Muda mengalir ke Sungai Muda di selatan dan Empangan Pedu dan Ahning yang mengalir ke Sungai Kedah di utara.  Hutan Simpan Ulu Muda yang terletak di utara Semenanjung tanah air yang merupakan kawasan tadahan air terbesar bagi mengisi tiga empangan buatan manusia yang utama iaitu Empangan Ahning, Empangan Muda dan Empangan Pedu. Empangan ini sangat penting untuk penanaman padi dan penggunaan domestic serta industri. Kawasan tadahan ulu muda sangat penting untuk dipelihara demi keselamatan air terutama pada musim kering setiap tahun. Air hujan dari Ulu Muda juga membolehkan Kedah berfungsi dengan berkesan sebagai “Jelapang Padi Malaysia”, dengan itu memastikan jaminan makanan untuk negara ini.

Continue reading