Name of Activity: Train the Trainers Programme (for the Salcon Smart Water Programme)
Date: 10/11/2018
Location: Taman Persekutuan Bukit Kiara
Total number of participants: 16 teachers from the following schools,
Author: waterwatchpenang
Upcoming Events: Raikan Sungai Ara (Celebrate Sungai Ara) – 18th November 2018, Taman Jajar, Sungai Ara, Pulau Pinang
Pertandingan Melukis Peringkat Negeri Pulau Pinang – 18 November 2018, Taman Jajar, Sungai Ara, Pulau Pinang.
PERTANDINGAN MELUKIS
(“SELAMATKAN SUNGAI ARA” @ “SAVE SUNGAI ARA”)
Date/Tarikh: 18 NOVEMBER 2018 (AHAD),
Time/Masa: 8AM-10AM
Venue/Tempat: TAMAN JAJAR SUNGAI ARA (LINEAR PARK)
Address/Alamat: Lorong Kenari 1, Desa Ria, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
New Water Watch Penang Website Coming soon!!
Please bear with us as we are migrating to new website! Thanks a lot! and do remember to save water and use water wisely!
Ulu Muda kian terancam, sumber bekalan air di utara semenanjung turut terancam
Oleh Shahrul Izwan Naser
Mungkin ada di antara kita tidak mengetahui mengenai Hutan Simpan Ulu Muda yang terletak di utara semenanjung tanahair. Begitu juga yang tidak mengetahui kepentingan Hutan Simpan Ulu Muda yang merupakan kawasan tadahan air bagi menampung keperluan air di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Sebanyak 96.5% bekalan air terawat di Kedah dan 80% bekalan air terawat di Pulau Pinang datangnya daripada 3 empangan buatan manusia — Muda, Pedu dan Ahning — yang membentuk punca air untuk Sungai Muda dan Sungai Kedah.
Ulu Muda juga merupakan sumber air untuk ‘periuk nasi’ negara apabila sawah padi di Kedah dan selatan Perlis menerima bekalan air daripada punca hutan simpan tersebut. Bekalan air dari Ulu Muda juga membolehkan sawah padi di negeri Kedah dan kawasan dataran pantai di selatan negeri Perlis mengamalkan penanaman dua kali setahun.
Ini menyumbang kepada kira-kira 45% hingga 50% daripada pengeluaran beras negara dan merupakan sumber pendapatan bagi 55,000 buah keluarga. Ini bermakna Ulu Muda merupakan hutan tadahan air yang berkepentingan kepada negara.
Selain itu, Ulu Muda juga menjadi bekalan air utama bagi menjana industri berat, kilang elektronik dan sektor pelancongan di Kedah dan Pulau Pinang — menarik lebih RM32 bilion nilai pelaburan untuk Bandar Teknologi Tinggi Kulim dan menghasilkan lebih 30 ribu pekerjaan berpendapatan tinggi.
Untuk pembacaan lanjut, sila klik di sini.