SIRI WEBINAR KASA: PKP 2.0: Sekarang Masanya Untuk Lestarikan Alam

Seluruh dunia kini bergelut dengan penularan wabak Covid-19.

Walau bagaimanapun, setiap dugaan atau ujian yang berlaku ada hikmah di sebaliknya, terutama kesan pada alam sekitar.

Jom ikuti Siri 1 Webinar KASA yang akan mengupas topik “PKP 2.0: Sekarang Masanya Untuk Lestarikan Alam” pada 18 Januari 2021 (Isnin) jam 3.00 petang.

Bersama moderator En. Mohd Khalil Zaiyany bin Sumiran, Ketua Komunikasi Korporat, KASA dan 3 orang panel yang tidak asing lagi dalam sektor pengurusan alam sekitar iaitu:-

1) YBhg. Profesor Dr. Chan Ngai Weng, Profesor, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM & Presiden Water Watch Penang

2) YBrs. Dr. Zurina binti Moktar, Ketua Penolong Setiausaha 2, Unit Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa, KASA

3) YBhg. Profesor Dr. Amir Husin bin Mohd Nor, Timbalan Pengarah, Institut Fatwa dan Halal Antarabangsa, USIM

Daftar sekarang menerusi link aplikasi Zoom https://zoom.us/webinar/register/WN_-0wHutIuRiyWuLb_yLgH0g untuk 100 peserta terawal atau ikuti siaran langsung di Facebook Live – Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Bookmark the permalink.

Comments are closed.