PERANAN WANITA DALAM PEMULIHARAAN AIR DI MALAYSIA

 

PERANAN WANITA DALAM PEMULIHARAAN AIR DI MALAYSIA

Hajar Abdul Rahim, Radiah Yusoff, Noraini Ismail dan Chan Ngai WengWater Watch Penang (WWP)10 Brown Road, 10350 Penang{emel:[email protected]}    

ABSTRAK: Air atau kekurangannya telah menjadi isu yang penting di Malaysia kebelakangan ini. El Nino yang berlaku pada 1997/98 telah menunjukkan kekurangannya sumber air. Beratus ribu penduduk di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan kawasan lain Selangor, Balik Pulau di Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan telah hidup dalam sengsara pemotongan bekalan air dan catuan air. Zaman di mana air didapati secara banyaknya telah berlalu dan tiada siapa yang perlu memulihara sumber penting ini. Oleh kerana air semakin berkurang dengan bertambahnya pemusnahan hutan dan tadahan air, pencemaran oleh industri agrikultur dan industri, pertambahan permintaan, air tak berhasil (NRW), dan keadaan iklim yang teruk (seperti El Nino), air akan terus menjadi faktor yang amat penting dalam kehidupan ramai. Oleh itu, masyarakat awam perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam usaha memulihara sumber-sumber air, iaitu mengurangkan permintaan air. Ini menjadikan peranan wanita amat penting. Pada masa kini, pengguna air domestik menggunakan lebih kurang separuh daripada jumlah permintaan air di negara ini. Oleh kerana jumlah yang banyak ini, sebarang pengurangan dalam penggunaan air boleh membantu dalam menjimatkan air di negara ini. Di sinilah wanita berupaya memainkan peranan sebagai ‘pengurus’ (sungguhpun tidak diberi gaji) di rumah. Wanita biasanya menguruskan belanjawan air keluarga. Oleh kerana wanita menggunakan air untuk kebanyakan kerja rumah, mereka dianggap amat penting dalam usaha pemuliharaan air. Apabila wanita menjimat air di rumah, mereka turut mengajar anak-anak dan ahli-ahli keluarga yang lain tentang kepentingan pemuliharaan air. Akhir kata, wanita sendiri perlu mengurangkan penggunaan air melalui penggantian cara-cara menjimat air dan perubahan persendirian. 

Pengenalan

“The United Nations Population Fund” telah mengumumkan pada akhir tahun 2001 bahawa dunia ini akan kehabisan air tawar menjelang 2050 disebabkan pertumbuhan populasi kepada 9.3 billion akan menghabiskan kebanyakan air yang wujud. Populasi kini yang berjumlah 6.1 billion telahpun memberi tekanan yang besar ke atas sumber-sumber air, seperti yang dimanifestasikan oleh 508 juta penduduk yang tinggal di 31 buah negara bertekanan-air (Bouguerra, 1997). Lebih 54% daripada air tawar tahunan sedunia yang wujud sedang digunakan, iaitu dua pertiga diguna oleh agrikultur. Menjelang tahun 2025, lebih daripada 70% daripada air tawar sedunia akan habis digunakan akibat pertumbuhan populasi. Jika penggunaan di merata tempat mencapai tahap di negara-negara yang telah membangun, 90% daripada air tawar sedunia akan habis digunakan. Pada masa ini, bekalan air telahpun tidak mencukupi di negara-negara termiskin disebabkan penggunaan air telah mengganda sebanyak 6 kali dalam 70 tahun. Disebabkan pertumbuhan populasi dan peningkatan permintaan air yang akibat pemodenan cara hidup, tiga billion penduduk di 48 negara akan tinggal di bawah tekanan-air menjelang 2025. Menjelang 2025, nilai ini akan bertambah menjadi 4.2 billion dan masyarakat ini akan berada dalam negara-negara yang tidak dapat menepati keperluan harian PBB sebanyak 50 liter air seorang untuk minum, membasuh dan memasak. Banyak negara telahpun mulai menggunakan bekalan air mereka secara tidak mapan. Akibatnya, banyak paras air di bawah beberapa bandaraya di China, Latin Amerika dan Asia Selatan sedang menurun lebih daripada 1m setahun. Kumbahan juga dipam ke dalam sungai dan denai yang lebih mencemari bekalan air. Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 1.1 billion penduduk tidak mempunyai akses kepada air bersih pada masa ini (The Star, Selasa, Januari 15, 2002). Di Malaysia, walaupun banyak hujan dan sumber air, zaman 1990-an telah menampakkan banyak krisis air yang mengakibatkan banyak kesengsaraan dan kerugian ekonomi (Hamirdin Ithnin, 1997). Keadaan ini telah menyedarkan orang ramai tentang kepentingan memulihara air. Sayangnya, rakyat Malaysia hanya mengambil berat semasa krisis berlaku (Chan, 1999a). Disebabkan kadar air yang rendah, iaitu kurang dari satu per sepuluh daripada jumlah yang dibayar oleh pengguna untuk elektrik, tiada siapa yang memandang pemuliharaan air sebagai penting. Akibatnya, orang ramai cenderung membazir air, atau tidak mengambil tindakan yang positif untuk memuliharanya. Tambahan pula, pencemaran air amat meluas, pesalah utamanya kilang-kilang, petani-petani dan rumahtangga (Lim et al., 1984). Kawasan tadahan air terus dimusnahkan dengan pemusnahan lebih tadahan air hutan yang dibuka untuk pembangunan secara sah ataupun haram. Visi 2020 Malaysia dengan jelasnya mendasarkan keinginan negara untuk menjadi negara yang telah membangun. Sejak 1970-an, pembangunan adalah amat giat dalam semua bidang- mahupun agrikultur, industri, pelancongan, pengeluaran, urbanisasi, perumahan dll. Pembangunan selam ini amat giat dan Malaysia yang dilihat kini jauh berbeza dengan kelembapan era kolonial serta zaman awal pos-kolonial. Ladang-ladang dan kebun-kebun agrikultur telah berkembang menjadi bandar kecil; bandar-bandar telah membangun menjadi bandaraya-mega yang lengkap dengan bangunan pencakar langit; industri-industri telah mendominasikan kawasan-kawasan sekitaran bandar dan bandaraya; kawasan bersebelahan bandar telah muncul sebagai gabungan bandar yang besar (seperti gabungan Kuala Lumpur-Petaling Jaya-Shah Alam-Klang); dan infrastruktur dibina di seluruh negara seperti lapangan terbang, jambatan, empangan, lebuhraya, Multimedia Super Koridor dll. Kita melihat semua pencapaian ini dan berasa bangga . Tetapi apa yang tidak disedari ialah semua pencapaian ini tidak dapat tercapai tanpa air. Bagi kebanyakkan daripada kita, nilai air adalah sesuatu yang tidak terfikir kecuali ditimpa secara langsung oleh krisis seperti yang berlaku pada 1998. Ini kerana air dibekalkan kepada kita dengan mudah sahaja. Kita hanya perlu membuka paip air. Air juga amat murah – begitu murah sehingga tiada yang mengambil perhatian untuk menjimatnya dengan cara yang sama kita menjimat elektrik. Sebenarnya bil elektrik sebuah keluarga Malaysia hanya 10% daripada bil elektriknya. Walaupun begitu, air tidak dapat diketepikan atau digantikan. Tidak seperti makanan dimana seseorang boleh bertukar dari satu jenis ke jenis yang lain, tiada gantian bagi air. Walaupun kepentingan air nyata bagi kehidupan dan pembangunan, air di dalam sungai (sumber air utama) sentiasa kelihatan tercemar (biasanya dengan sengaja). Industri-industri membuang kumbahan berbahaya yang memasuki sistem air, akhirnya mencemarkannya. Hasil buangan dari rumah-rumah dan hotel-hotel uzur, bandar-bandar kecil dan kebun-kebun (kedua-dua kandang dan kebun tanaman) merupakan ancaman untuk pencemaran yang lanjut. Laporan Kualiti Persekitaran Malaysia 1998 (Jabatan Persekitaran, Kementerian Sains, Persekitaran dan Teknologi Malaysia, 1999) melaporkan bahawa dari 836 sampel air yang dikumpul dari seluruh negara, 94.5% tidak menepati piawai yang telah ditetapkan untuk minyak dan gris, 73.7% tidak mematuhi jumlah bagi bahan terampai, dan 29.7% bagi E. coli (Dilaporkan dalam NST, 3.12.99). Fakta yang paling menggemparkan ialah kurang daripada 17% dari 5,409 kilang rawatan yang diuruskan oleh IWK yang mematuhi piawai buangan yang telah dihuraikan dalam Peraturan Kualiti Persekitaran (Kumbahan dan Effluent Industri) 1979 yang telah ditetapkan oleh DOE (The Star, 23.12.99). Dalam hal buangan toksik, tarif tinggi yang dikenakan untuk merawat hasil buangan industri telah mengakibatkan banyak kilang membuang hasil buangan mereka secara haram. Dari pesalah-pesalah ini, hanya sebilangan kecil sahaja yang ditangkap tetapi yang lain tidak ditangkap memberitahu kita bahawa di sesuatu tempat, tanah telah diracun dan akhirnya ia akan meracuni air kita juga. Setiap tahun, Jabatan Persekitaran menerima beratus-ratus aduan dari pelbagai sumber: kilang, syarikat-syarikat; ladang-ladang; sumber bergerak (seperti kenderaan bermotor) serta dari individu-individu. Di tempat yang lain, kawasan tadahan air dibangunkan secara sembarangan dan secara haram untuk jenis-jenis aktiviti yang memusnahkan persekitaran seperti pembalakan, resort-resort, lebuhraya, perladangan dan lain-lain. Banyak air terawat yang dibazir melalui kebocoran paip yang tidak di perbaiki dengan segera. Oleh kerana tarif air yang murah, industri-industri, hotel-hotel dan perniagaan-perniagaan yang menggunakan banyak air mendapati pengitaran semula air adalah tidak ekonomi. Sebagai contoh, hotel-hotel besar bertaraf antarabangsa atau industri intensif-air boleh menggunakan air yang lebih daripada sebuah bandar kecil. Secara domestik. orang ramai tidak berusaha untuk menjimat air. Tetapi penggunaan melampau diekori pembaziran berlaku. Inilah senario yang dihadapi kini. Kita telah mengalami satu pengalaman yang buruk yang melihatkan beratus ribu penduduk terpaksa hidup tanpa bekalan air yang berterusan untuk beberapa bulan pada 1998. Krisis air ini yang berlaku pada masa yang sama dengan kemarau El Nino telah memotong pengeluaran air sebanyak 50%, melibatkan lebih daripada 600,000 penduduk di Lembah Klang (The Sun, 28.3.98). Jika kita berharap tidak perlu mengalami pengalaman sedemikian lagi, kita perlu menukar pendapat dan lebih oenting lagi, penggunaan air kita. tidak seperti yang difikirkan ramai, pemuliharaan air bukanlah tanggungjawab kerajaan atau pihak berkuasa/ korperasi sahaja. Bagi pemuliharaan air yang berkesan, masyarakat awam mempunyai peranan yang penting untuk dimain. Di sinilah wanita berupaya menjadi pengurus efektif serta pendidik pemuliharaan air. 

Wanita dan Pemuliharaan Air

Piawai antarabangsa mengesyorkan bahawa setiap orang boleh memperolehi 165 liter air sehari. Walau bagaimanapun, ada penyelidik-penyelidik yang berpendapat bahawa seseorang berupaya menggunakan hanya 80 liter air sehari. Tetapi purata penggunaan berjulat dari 5.4 liter (sekadar cukup untuk hidup) di kawasan-kawasan yang kurang hujan semasa musim kering, seperti Sahel, sehingga 800 liter seorang sehari di USA. Di Malaysia, kita mengguna secara purata 300 liter sehari, tetapi untuk mereka yang menetap di bandar menggunakan jauh lebih banyak air iaitu lebih kurang 500 liter per kapita sehari. Kebanyakkan air ini dibazirkan kerana digunakan untuk mencuci tandas, membasuh kereta, berkebun dan untuk mandi. Secara awam, banyak air yang dihilangkan melalui non-revenue water (Chan, 1998a; Chan, 1998b; Chan, 1998c).  Oleh itu, anggaran yang dibuat ke atas permintaan air adalah seperti berikut: 20% dari pertumbuhan air, 40% dari penggunaan yang meningkat dan 40% dari kebocoran. Kehilangan air dari titisan kepala paip pada kadar 30 titis seminit boleh bertambah menjadi lebih kurang 250 liter sebulan! Semua masalah air di atas boleh dikurangkan dan di atasi oleh wanita. Di banyak kawasan pedalaman, wanitalah yang perlu mendapatkan air dari telaga dan sungai. Di sini mereka menjadi pembekal air utama kepada keluarga mereka. Keadaan ini mungkin tidak berlaku di rumahtangga yang moden tetapi wanita masih penting dalam mengenalpasti masalah-masalah yang berkaitian dengan air di rumah seperti kebocoran, kepala paip yang rosak, tekanan air yang rendah, kenaan bayaran air yang melampau. Merekalah yang mula-mula mengetahui masalah-masalah tersebut jadi adalah amat penting untuk menyedarkan mereka tentang pemuliharaan air. Jika wanita tidak peka terhadap pemuliharaan air, berkemungkinan besar masalah-masalah ini akan terus wujud atau menjadi lebih signifikan.   Di rumah, wanitalah yang membasuh pakaian seluruh keluarga. Di sini mereka boleh memulihara air dengan menggunakan serbuk pencuci yang tidak menjejaskan persekitaran (yang menggunakan kurang air dan kurang berbahaya terhadap air bawah tanah), hanya membasuh apabila muatan penuh, dan memastikan pakaian yang mempunyai kotoran yang degil dicuci sebelum dibasuh bersama pakaian lain. Semua ini menolong dalam penjimatan air. Pemilihan pakaian dan bahan kain untuk rumahtangga juga penting kerana kain bulu (wool) dan banyak kain sintetik memerlukan lebih banyak air dalam pembasuhannya berbanding dengan kain kapas. Wanita seharusnya cuba mengelakkan penggunaan mesin pembasuh pinggan-mangkuk. Mesin ini memang menggunakan air yang amat banyak. Dalam suatu keluarga yang besar, mungkin keperluan untuk mesin ini wujud dan dapat dijustifikasikan tetapi pada masa ini, keluarga yang begitu besar telah berkurangan.   Di dapur di mana 18% air rumahtangga diguna (Rajah 1), wanitalah yang melakukan kebanyakkan, jika tidak semua kerja memasak. Di kawasan ini, suatu keluarga berupaya menjimatkan banyak air. Jurumasak boleh memasak makanan yang kurang berminyak (seperti mengukus makanan atau salad yang tidak perlu dimasak) dan yang lebih sihat bagi seluruh keluarga dalam jangka masa panjang. Dengan cara ini, kurang air diperlukan untuk memasak dan dalam pembasuhan alat-alat memasak.   

Dapur = 18 %

Basuh Pakaian = 7 %

Bilik Air = 75 % 

Rajah 1: Peratus Penggunaan Air di Rumah.  

Di rumah, bilik air merupakan tempat di mana pemuliharaan amat perlu kerana tiga per empat air digunakan di sini. Selain perlu mandi sendiri, wanita juga perlu memandikan anak-anak kecil mereka dan harus memupuk keperluan menjimat air di kalangan yang muda. Mereka tidak seharusnya membenarkan kanak-kanak bermain air semasa mandi kerana tindakan ini memberi kanak-kanak tersebut mesej yang salah iaitu air boelh dibazir. Mereka harus mencuba meminimakan penggunaan air semasa bermandi dengan memastikan persekitaran untuk mandi adalah mesra-persekitaran, mengurangkan bilangan kali bermandi untuk seluruh keluarga, mengguna sabun organik atau sabun kurang berbuih yang menggunakan kurang air untuk membilas, dan tidak mengambil masa yang begitu lama semasa bermandi. Secara ekstrim, wanita boleh mengguna semula “air kelabu” (iaitu sisa air dari bilik mandi, dapur dan longkang) dari bilik air dengan mengumpulkannya dalam tangki dan menggunakna air tersebut untuk memancuh air dan untuk berkebun. Apa yang diperlukan hanyalah beberapa hubungan paip dan tangki. Ibu-ibu boleh mendidik anak-anak mereka untuk menjadi dewasa yang lebih bertanggungjawab dalam penjimatan air denagn pemupukan sejak kecil lagi. Mereka boelh membawa anak-anak mereka bersinggah di tepi sungai daripada berjalan-jalan di komples membeli-belah. Mereka boelh membawa kanak-kanak dalam “Jalan-Jalan di tepi Sungai” di tebing sungai-sungai seperti Sg Air Terjun di Taman Bunga. Ibu-ibu juga boleh meminta pakar-pakar dari WWP untuk mendidik anak-anak mereka dalam pemuliharaan air dan keperluan memastikan sungai-sungai adalah sentiasa bersih (Rasagam dan Chan, 1999). Kanak-kanak tersebut boleh juga diberi latihan memantau air di mana mereka boleh memasuki air cetek untuk menjalankan latihan-latihan tersebut sendiri. Kanak-kanak dan ibu-ibu mereka sudah tentu akan berasa seronok melakukan aktiviti ini kerana ia memberi peluang kepada mereka memasuki sungai dan melakukan sesuatu. Ramai wanita mempunyai pekerjaan sebagai guru dan ini menjadikan pelajaran pemuliharaan amat penting. Guru wanita boleh mendidik pelajar-pelajar mereka tentang pemuliharaan air sebagaimana yang dididik kepada anak-anak mereka sendiri. Di banyak negara-negara yang telah membangun, banyak program “Pengamatan Sungai” dilaksanakan di mana anak-anak diberi tanggungjawab memonitorkan ‘kesihatan’ sungai yang dianak angkatkan (biasanya sungai yang berdekatan sekolah mereka). Dengan cara ini, mereka dapat melaporkan sebarang perubahan pada sungai disebabkan pembuangan sisa toksik, tumpahan minyak dan lain-lain. Di Pulau Pinang, salah satu daripada aktiviti WWP ialah pengajaran berterusan untuk memupuk kesedaran dan rasa cinta terhadap sungai. Objektifnya ialah untuk menganak angkatkan sungai atau sebahagian daripada sungai untuk memantaukan ‘kesihatan’ sungai tersebut melalui penanda-penanda seperti cirri-ciri fizikal (laju dan luahan, kawasan keratan rentas alur sungai, suhu, warna, kekeruhan, kehadiran sampah, bau, air yang mengalir atau tidak), cirri-ciri biologi (kehadiran lumut air, ikan, dan kehidupan akuatik yang lain) dan ciri-ciri kimia ( pH, oksigen terlarut dan konduksi). Oleh kerana peserta-peserta sendiri dapat memasuki sungai, mereka betul betul berasa seronok. Jadi, terdapat potensi yang besar untuk guru wanita mengambil kesempatan pengajaran tentang air yang amat menarik ini. Kanak-kanak perlu turun ke lapangan untuk memahami sungai.   

Wanita mengawal belanjawan air di rumah kerana mereka terlibat dalam pengairan tumbuh-tumbuhan/ sayur-sayuran (dan juga mencuci kereta, walaupun biasanya lelaki yang biasanya melakukan aktiviti ini dan mereka biasanya membazir air yang banyak apabila menggunakan paip getah), mencuci lantai dan bilik air, dan kerja-kerja lain yang memerlukan air. Oleh itu, wanita boleh menjimat atau membazir air. Tetapi oleh kerana sifat baik dan jimat wanita, mereka cenderung menjimat dari membazir. Jadual 1 merupakan senarai semakan bagaimana menjimat air di rumah.  
Jadual 1: Senarai semakan pemuliharaan air di rumah..
 (A) SECARA AM:
  • Sentiasa memeriksa paip dan kepala paip untuk kebocoran dan memperbaikinya dengan segera.
  • Memasang alat-alat menjimat air seperti tangki “setengah flas”, tap bervalve ketat, tap berudara, kepala shower jimat air, tap otomatik, dll. dan  memodikasikan alatan untuk menjimat air.
  • Membasuh pakaian: menunggu sehingga mempunyai muatan penuh dalam mesin pembasuh sebelum membasuh. Belilah mesin-mesin yang mesra-persekitaran dan mempunyai muatan separuh dan dengan pengurangan penggunaan air.
  • Pada hari siang, air akan panas semasa beberapa minit pertama selepas dibuka. Jadi letakkan air  minuman dalam peti sejuk dan tidak membuka papi dan menunggu sampai air sejuk mengalir.
  • Memasang alat pemanas yang cepat panas untuk mengelakkan aliran air sejuk yang dibazir semasa menunggu air menjadi panas pada waktu pagi
  • Laporkan semua kebocoran di kawasan anda kepada pihak berkuasa.
(B)DI BILIK AIR DAN TANDAS:   
  • Letakkan bata ke dalam tangki air untuk mengurangkan air yang digunakan untuk memancuh air
  • Kumpulkan air hujan dalam baldi atau pasangkan paip khas untuk mengumpul air hujan.
  • Kitar semula air yang digunakan untuk membasuh tangan, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk menyiram pokok bunga
  • Air kelabu dari bilik air di tingkat atas boleh dikumpul dengan paip terubahsuai untuk memancuh air di tingkat bawah
  • Gunakan shower daripada menggunakan tangki mandi besar (“long bath”). Jangan sekali-sekala menggunakan “long bath”.
  • Pasangkan tandas kompos. Dengan bahan dan ventilaso yang betul, ia tidak akan berbau. Dalam zaman dahulu, orang ramai menggunakan tandas baldi dan najis dikumpulkan selalu oleh para petani untuk dijadikan baja. Tandas kompos tidak memerlukan air kerana pemancuhan tidak diperlukan kerana bergantung kepada tindakan bakteria dalam menguraikan bahan berbahaya dalam buangan.
  • Hasilkan kompos dari hasil buangan organic (kulit buah, bahagian sayur, buah, biji yang busuk dll) anda daripada membuangnya sahaja.
  • Gunakan sabun dan syampu organik yang boleh biodegradasi.
(C) DI DAPUR:
  • Basuh pinggan-mangkuk dengan menggunakan tangan dan bukan mesin pembasuh
  • Semasa membasuh pinggan mangkuk, gunakan satu sinki untuk mencuci dan sinki yang lain untuk membilas. Jangan menggunakan air yang mengalir secara berterusan. Cara yang lain adalah dengan menggunakan takung air yang menakung kurang air untuk menggantikan sinki
  • Air yang digunakan untuk memasak boleh diguna semula sebagai stok atau untuk memasak sup. Stok yang selebihnya boelh disimpan dalam peti sejuk untuk disimpan lama.
  • Mengguna semula air yang diguna untuk membasuh sayur-sayuran dan buah-buahan untuk menyiram pokok bunga atau memancuh air di tandas.
 (D) DI KEBUN BUNGA DAN TEMPAT MENYIMPAN KERETA:
  • Mencuci kereta: Gunakan baldi dan bukan paip getah. Hanya cuci kereta sekali seminggu. Tidaklah perlu untuk mencuci kereta begitu kerap. Jika kereta anda tidak begitu kotor, hanya lapkannya dengan kain bersih sudah mencukupi.
  • Menyiram pokok di kebun bunga: Gunakan baldi dan bukan paip getah. Siram pokok di luar kawasan bercahaya matahari pada waktu pagi atau petang untuk mengurangkan air melalui evaporasi.
  • Jangan sekali-sekala menggunakan perenjis air dalam kebun bunga anda. Jika anda memiliki alat tersebut, jangan  gunakan mod automatik kerana ia masih akan terus merenjis semasa hujan.
  • Jika anda memiliki kebun atau taman bunga , tanam pokok bunga anda dalam tanah dan bukan dalam pasu. Tumbuhan tumbuh lebih baik dalam tanah serta mendapat lebih air dari tanah.
  • Tanamlah tumbuhan yang memerlukan air yang kurang (seperti kaktus) dan bukan tumbuhan yang memerlukan air yang banyak (keladi bunting).

____________________________________________________________________________________ Mungkin terdapat banyak cara yang di mana wanita dapat memainkan peranan dalam penjimatan air. Memandangkan kerajaan sedang menyebarkan kegunaan Pengurusan Permintaan Air (Water Demand Management0WDM) untuk mengkomplemen Pengurusan Bekalan Air (Water Supply Management-WSM) yang selama ini digunakan oleh pihak kerajaan, WDM yang dipraktis dalam rumahtangga akan menentukan samada WDM berjaya atau gagal. Ini adalah lebih daripada separuh dari permintaan air adalah dari rumahtangga. Jadi, unit keluarga adalah asas WDM. Setiap liter air yang dijimatkan mungkin kelihatan tidak signifikan tetapi ia bermakna dalam pengurusan mapan sumber ini. Bayangkan senario-senario berikut: Senario 1:  Jika setiap penduduk di Pulau Pinang mengurangkan penggunaan airnya dengan hanya 10% dari keperluan hariannya, negeri ini dapat menjimat sebanyak 41 juta liter air sehari (million litres per day-MLD). Ini bermaksud 1230 juta liter sebulan (million litres per month-MLM) atau 14,965 juta liter setahun (million litres per year -MLY).  Senario 2:  Jika setiap penduduk di Pulau Pinang dapat mengurangkan penggunaan air sebanyak 20% dari keperluan hariannya, negeri ini dapat menjimat 82 MLD iaitu 2460 MLM atau 29,930 MLY. Senario 3: Jika setiap penduduk di Pulau Pinang dapat mengurangkan penggunaan air sebanyak 50% dari keperluan hariannya, negeri ini dapat menjimat 204 MLD iaitu 6120 MLM atau 74,460 MLY.  Ketiga-tiga senario ini diambil untuk tekanan air yang sedikit(water stress) (Senario 1), tekanan air yang sederhana (Senario 2) dan tekanan air yang ekstrim (Senario 3).  Adalah bukan mustahil bagi seseorang untuk mengurangkan penggunaan airnya sebanyak sebanyak 10 ke 20% walaupun  pengurangan sebanyak 50% adalah terlalu drastik dan mungkin mengakibatkan kemerosotan kesihatan dan kesan-kesan buruk yang lain. Seseorang tidak boleh mengurangkan jumlah air yang diminum (lebih kurang 7 gelas sehari) tetapi seseorang itu sudah tentu boleh mengurangkan bilangan kali seseorang mandi, menyiram pokok, mencuci kereta, mencuci lantai atau menukar air akuarium. WWP mengesyorkan 20 cara menjimat air dan semua ini lebih/ biasa dilaksanakan oleh wanita, menunjukkan kepentingan wanita dalam pemuliharaan air. 

Kesimpulan

Air, atau kekurangannya telah menjadi isu yang penting di Malaysia kebelakangan ini. El Nino yang berlaku pada 1997/98 telah menunjukkan kekurangannya sumber air. Beratus ribu penduduk di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan kawasan lain Selangor, Balik Pulau di Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan telah hidup dalam sengsara pemotongan bekalan air dan catuan air. Zaman di mana air didapati secara banyaknya telah berlalu dan tiada siapa yang perlu memulihara sumber penting ini. Oleh kerana air semakin berkurang dengan bertambahnya pemusnahan hutan dan tadahan air, pencemaran oleh industri agrikultur dan industri, pertambahan permintaan, kadar NRW yang tinggi, dan keadaan iklim yang teruk (seperti El Nino), air akan terus menjadi faktor yang amat penting dalam kehidupan ramai. Oleh itu, masyarakat awam perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam usaha memulihara sumber-sumber air, iaitu mengurangkan permintaan air. Ini menjadikan peranan wanita amat penting. Pada masa kini, pengguna air domestik menggunakan lebih kurang separuh daripada jumlah permintaan air di negara ini. Oleh kerana jumlah yang banyak ini, sebarang pengurangan dalam penggunaan air boleh membantu dalam menjimatkan air di negara ini. Di sinilah wanita berupaya memainkan peranan sebagai ‘pengurus’ (sungguhpun tidak diberi gaji) di rumah. Wanita biasanya menguruskan belanjawan air keluarga. Oleh kerana wanita menggunakan air untuk kebanyakan kerja rumah, mereka dianggap amat penting dalam usaha pemuliharaan air. Apabila wanita menjimat air di rumah, mereka turut mengajar anak-anak dan ahli-ahli keluarga yang lain tentang kepentingan pemuliharaan air. Akhir kata, wanita sendiri perlu mengurangkan penggunaan air melalui penggantian cara-cara menjimat air dan perubahan persendirian. 

Bibliografi 

Bouguerra, L. (1997) “Foreword on Water Resources in the 21st Century”. Dalam Chan N.W (Editor) Proceedings of the international conference Meeting Water Challenges in the 21st Century. Water Mobilising Programme of the Alliance for a Responsible and United World, Paris, i-ii.

Chan, N.W. (1998a) “Priceless water not valued”. The Star 29 July 1998, North, 6, 7. 

Chan, N.W. (1998b) “Water: Too cheap to prompt people to save”. The Star 29 July 1998, North, 2, 3. 

Chan, N.W. (1998c) Institutional Issues for Water Management in Malaysia. In Selected English Papers of The Asian Conference on Water and Wastewater Management,Tehran, March 2-4 1998, PR Committee of Asian Conference on Water and Wastewater Management, Tehran, 27 - 42. 

Chan, N.W. (1999a) Water Conservation, ReUse and Reduction of Water Use. Paper presented in the workshop on “Sustainable Management of Water Resources in Malaysia”, 20 July, Kuala Lumpur. Organised by Global Environment Centre (GEC), Department of Irrigation and Drainage (DID), National Hydraulic Research Institute of Malaysia (NAHRIM), The Malaysian Water Association (MWA), Environmental Management and Research Association of Malaysia (ENSEARCH), and Selangor Waterworks Department (JBAS).  

Chan, N.W. (1999b) “Hill Land Development”. In Kerajaan Negeri Pulau Pinang 1999 Penang Environmental Conservation Strategy: Technical Report: Data, Analysis and Tools. DCT Consultancy Services Sdn. Bhd. Consultancy Report prepared for the Penang State Government, Pulau Pinang, 84-97. 

Chan, N. W. (2000a) Saving Water for the Future: The Responsibility of All. Paper presented at the National Conference – “World Day For Water Seminar 2000”, March 20 - 21, Cititel, Penang. Jointly organised by MANCID-YPF, IHP, MMS and DID.  

Chan, N. W. (2000b), Opening Speech. Launching of Water Watch Penang (WWP) in Conjunction with World Water Day, 22 March 2000, Botanic Gardens, Penang. 

Chan, N. W. (2000c) Current Environmental Issues in Malaysia – Press Releases. Water Watch Penang, Penang. Chan, N.W. (2000d) Management of Water Use in the Home: The Key to Sustainable Management of Water in the 21st Century. Paper presented at the World Day For Water Seminar 2000, 20 & 21 Mac 2000, Cititel, Penang. 

Clark, R. (1991) Water: The International Crisis. London: Earthscan Publications Ltd in association with the Swedish Red Cross.

Department of Environment, Ministry of Science, Environment and Technology Malaysia (1999) The Malaysian Environmental Quality Report 1998. Kuala Lumpur. Hamirdin Ithnin (1997) “Are we heading for a water crisis?” In Consumers Association of Penang State of the Malaysian Environment. Consumers Association of Penang, Penang, 142-145. 

Lim, P.E., Seng, C.E. dan Liew, K.W. (1984), Water Pollution In Environmental Quality Study of Penang Island. Technical Report No. 13, Penang Island Municipal Council. New Straits Times, Various Issues. 

Rasagam, G dan Chan N W (1999) The Role of Non-Governmental Organisations in Public Awareness and Environmental Education Towards Protection, Conservation and Rehabilitation of Rivers: Some Examples from the Work of Water Watch Penang. In N W Chan (Editor) Rivers: Towards Sustainable Development. Penerbit Universiti Sains Malaysia, 470-480. 

The Star, Berbagai Isu. 

The Sun, Berbagai Isu.

THE INFORMATION AND COMMENTS ON THIS WEBSITE ARE NOT MEANT TO BE USED OR QUOTED FOR ANY OFFICIAL OR UNOFFICIAL BUSINESS. WATER WATCH PENANG TAKES NO RESPONSIBILITY FOR THE ACCURACY. ANYONE USING THE INFORMATION AND DATA DO SO AT THEIR OWN RISK. WE ALSO APOLOGISE FOR ANY COMMENTS AND REMARKS ON THE WEBSITE THAT YOU MAY FEEL TO BE OFFENSIVE.
Copyright © 2007-2008 Water Watch Penang.