Forum Air Kebangsaan 22 Julai 2007 Taman Botani Pulau Pinang

PERTANDINGAN-PERTANDINGAN MELUKIS AND UJI BAKAT TELAH DIADAKAN SEMPENAN "FORUM AIR KEBANGSAAN" PADA 22 JULAI 2007 (AHAD) DI TAMAN BOTANI PULAU PINANG
Forum and pertandingan tersebut telah dianjurkan bersama oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK), Gabungan Persatuan-Persatuan pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Water Watch Penang (WWP). Berikut ialah laporannya:
Laporan Forum Air Kebangsaan, 22 Julai 2007, Taman Bunga Botanik Pulau Pinang Water Watch Penang ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) kerana memberi peluang kepada kami melalui FOMCA, untuk menganjurkan Forum Air Kebangsaan ini di Pulau Pinang. Forum tersebut telah dijalankan dengan sempurna. Forum telah bermula pada 7.00 pagi di mana peserta-peserta pertandingan melukis dan uji bakat telah mendaftar diri. Seramai kira-kira 500 orang terdiri daripada pegawai kerajaan, persatuan penghuni, orang awam, pelajar universiti dan sekolah, kanak-kanak dan NGO telah mengambil bahagian. YB Tuan Teng Chang Yeow, ahli EXCO Negeri Pulau Pinang merangkap pengerusi Pelancongan dan Alam Sekitar telah merasmikan forum tersebut, bersama-sama Datuk Marimuthu Nadason (President FOMCA) dan Prof Dr Chan Ngai Weng (Presiden Water Watch Penang) (Foto Atas). Turut hadir ialah Prof Dr Abu Hassan yang mewakili Naib-Canselor Universiti Sains Malaysia, Encik Koris (FOMCA Cawangan Pulau Pinang), Puan Chang Wai Fung (mewakili Persatuan Penghuni N-Park Condominium), Encik Khor Hung Teik (Naib-Presiden Water Watch Penang), Puan Endang Haryanty (mewakili Pengarah Penang Development Corporation), Tuan Haji Samsudin b. Bakar (mewakili JKR Pulau Pinang), dan Kogi Nadajan (mewakili RECSAM). Selain itu, Taman Botani Pulau Pinang ialah destinasi utama pelancongan (asing dan tempatan) di Pulau Pinang. Oleh itu, peristiwa ini telah menarik beberapa ratus pelancong yang melawat pamiran dan forum ini. Prof Chan telah menjelaskan aktiviti forum air ini (melalui penterjemah) kepada satu kumpulan pelancong dari Jepun yang amat tertarik dengan forum istimewa yang bererti ini. Selain itu, ramai penduduk tempatan yang bersukan/berjogging dalam taman tersebut juga turut mengkunjungi forum dan pamiran air. Banyak aktiviti telah dijalankan termasuk pertandingan melukis (200 peserta), pertandingan uji bakat bertema air (10 perserta), pamiran air (4 pertubuhan/badan), teka-teka air oleh MC (sesiapa daripada yang hadir yang jawab soalan dengan betul menerima hadiah). Sekumpulan pelajar Universiti Sains Malaysia (seramai 100 orang) juga telah hadir dalam perasmian dan melawat loji rawatan air Waterfall yang terletak di dalam Taman Bunga Botanik Pulau Pinang. Prof Dr Chan Ngai Weng, Datuk Marimuthu Nadason dan YB Tuan Teng Chang Yeow telah memberikan ucapan/kertas kerja di dalam forum tersebut. Forum air telah dibuka kepada orang ramai dan wartawan yang telah bertanya soalan kepada pihak pengucap, terutamanya YB Tuan Teng Chang Yeow. Kira-kira 15 orang wartawan telah datang memberi liputan kepada forum ini (Pada hari kemudian, peristiwa ini telah dilaporkan di kebanyakan surat khabar tempatan). Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada pemenang-pemenang oleh Prof Dr Chan (Pertandingan Melukis Kategori 3 Umur di bawah 9 tahun), oleh Datuk Marimuthu (Pertandingan Melukis Kategori 2 Umur 10-12 tahun), dan oleh YB Tuan Teng (Pertandingan Melukis Kategori 1 Umur 13-15 tahun dan Pertandingan Uji Bakat Air). Majlis disudahi dengan lawatan ke pamiran air dan Jamuan Ringan. Satu "Forum Press" (Sidang Akhbar) telah juga diadakan oleh YB Teng, Datuk Marimuthu dan Prof Chan dengan wartawan dari akhbar Inggeris, Bahasa Malaysia, Cina dan India. Majlis telah tamat pada pukul 2.00 petang. Namun demikian, aktiviti pamiran berterusan sehingga pukul 4.00 petang. Pada 23 Julai 2007, forum air telah dilaporkan dalam kebanyakan akhbar.Untuk pertandingan uji bakat, hanya pelajar-pelajar di bawah umur 12 tahun dibenarkan masuk. Untuk setiap kumpulan yang bertanding, bilangan maksima ialah 6 orang dan minima ialah 1 (seorang). Pertandingan ini telah dimenangi oleh SRJK Convent Green Lane (Foto Bawah). Untuk pertandingan melukis, terdapat 3 kategori: Kategori (1) Umur 13 – 15 Tahun; Kategori (2) Umur 10 – 12 Tahun; dan kategori (3) Umur 9 Tahun & ke bawah.