Ulu Muda kian terancam, sumber bekalan air di utara semenanjung turut terancam

Oleh Shahrul Izwan Naser

Mungkin ada di antara kita tidak mengetahui mengenai Hutan Simpan Ulu Muda yang terletak di utara semenanjung tanahair. Begitu juga yang tidak mengetahui kepentingan Hutan Simpan Ulu Muda yang merupakan kawasan tadahan air bagi menampung keperluan air di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Sebanyak 96.5% bekalan air terawat di Kedah dan 80% bekalan air terawat di Pulau Pinang datangnya daripada 3 empangan buatan manusia — Muda, Pedu dan Ahning — yang membentuk punca air untuk Sungai Muda dan Sungai Kedah.

Ulu Muda juga merupakan sumber air untuk ‘periuk nasi’ negara apabila  sawah padi di Kedah dan selatan Perlis menerima bekalan air daripada punca hutan simpan tersebut. Bekalan air dari Ulu Muda juga membolehkan sawah padi di negeri Kedah dan kawasan dataran pantai di selatan negeri Perlis mengamalkan penanaman dua kali setahun.

Ini menyumbang kepada kira-kira 45% hingga 50% daripada pengeluaran beras negara dan merupakan sumber pendapatan bagi 55,000 buah keluarga. Ini bermakna Ulu Muda merupakan hutan tadahan air yang berkepentingan kepada negara.

Selain itu, Ulu Muda juga menjadi bekalan air utama bagi menjana industri berat, kilang elektronik dan sektor pelancongan di Kedah dan Pulau Pinang — menarik lebih RM32 bilion nilai pelaburan untuk Bandar Teknologi Tinggi Kulim dan menghasilkan lebih 30 ribu pekerjaan berpendapatan tinggi.

Untuk pembacaan lanjut, sila klik di sini.

BFM INTERVIEW: – FLASH FLOODING: A NEW APPROACH?

BFM Interviewed the President of Water Watch Penang and a Physical Geography professor of University Sains Malaysia, Professor Dr. Chan Ngai Weng, on approaches to deal with flash floods. 

Listen to the podcast here.

With the monsoon season now well underway, daily reports of flash flooding have become a normal occurrence in the city, as flood evacuee numbers rise in rural areas. Today we discuss the issue of flash flooding, and whether the country has implemented enough measures to prevent rather than just manage flash flooding, that will ultimately allow the government to save billions of Ringgit that are spent on mitigation plans (Source: BFM, 2015).