Air Anugerah Illahi
AIR ANUGERAH ILLAHI…Anugerah Illahi
buat setiap makhluk ciptaanNya
di bumi
Tidak putus walau dicincang
Tidak usang walau zaman berlalu
Tiada warna, mamun menawan
Tiada melodi, namun shaydu….
Air…..
Itulah namamu
Jasa dan baktimu
tiada ternilai
Sungguh mulia
Limpahan hujan
menghiburkan bumi
Petani yang membajak sawah berdoa..
suburlah tanam-tanaman
syukur Alhamdulillah
adanya limpahan air
Aduhai air…
Apalah jadinya sekiranya kau tiada?
Pada hari yang terik
Sang Suria menjeling ke bawah
Apabila tekakku terasa haus
seteguk darimu ku minum
lega dan nyaman ku terasa
Sewaktu badanku melekit dan berbau
ku siram mu dari hujung rambut
hingga ke hujung kaki
Oooh segar ku rasa
nikmat tak terhingga…
Aduhai Air….
Apalah jadinya
sekiranya kau tiada??
Seperti manusia
haiwan dan tumbuhan
sama memerlukanmu
Apalah nasib ikan di sungai
Apakah jadinya pokok-pokok dan
tanam-tanaman?
Tidak dapat ku bayangkan…
Aduhai Air….
Apalah jadinya
sekiranya kau tiada??
Saudara-saudari dan
rakan taulan
Dengarlah sini pantun
buat hiburan
Badak sumbu mengarang syair
Gajah dan unta sangat berbahagia
JOM KITA MULA JIMAT AIR
Supaya hidup aman sejahtera..
By suhaila majid